Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,671

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Ketua samseng kena tangkap

10:17am 27/02/2016 Pak Roshan 27 views Global
DAENG Aziz (tengah) ditahan polis, semalam.

DAENG Aziz (tengah) ditahan polis, semalam.

Jakarta: Polis daerah Jakarta Utara semalam menangkap pemilik sebuah kelab malam di Kalijodo, kawasan pelacuran dan maksiat terkenal di bandar raya ini, atas tuduhan mencuri bekalan elektrik.

Ketua polis daerah Jakarta Utara, Daniel Bolly Tifaona berkata, polis menangkap Daeng Aziz yang juga terkenal sebagai ketua samseng di Kalijodo di sebuah bilik sewa di tengah bandar raya Jakarta.

Pihak berkuasa Jakarta dalam proses merobohkan Kalijodo dan merancang untuk membina taman hijau di sepanjang kawasan itu.

Sementara itu, jurucakap polis daerah Metropolitan Jakarta, Mohammad Iqbal berkata, kes itu berbeza dengan kes pelacuran yang masih disiasat oleh polis daerah itu.

Sebelum ini, polis Metropolitan Jakarta berkata, mereka mengarahkan Aziz supaya datang ke ibu pejabat polis daerah itu berhubung kes pelacuran berkenaan tetapi ketua samseng itu tidak muncul.

Dia berdepan hukuman penjara tujuh tahun jika didapati bersalah atas tuduhan mencuri bekalan elektrik.

Bagaimanapun, polis berkata, pihaknya merancang mendakwa Aziz dengan beberapa tuduhan lain.

Dalam pada itu, Gabenor Jakarta Basuki Tjahaja Purnama (Ahok) berkata, Kalijodo akan mula dirobohkan Isnin ini.

Menurutnya, sebahagian besar penghuni kawasan maksiat itu sudah berpindah. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan