Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KETUA PKR LIBARAN, JAFFARI WALIAM, ADUN DILANTIK YANG KELIMA

KOTA KINABALU: Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Libaran, Jaffari Waliam hari ini menerima watikah perlantikan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Dilantik yang kelima.

Jaffari, 42 yang telah menjadi ahli PKR sejak 1999 menerima watikah tersebut daripada Ketua PKR Sabah, Christina Liew.

Jaffari tidak dicalonkan semasa Pilihanraya Umum ke-14 lalu tetapi bekerjasama membantu calon Parti Warisan Sabah di Gum-Gum manakala pada PRU13 beliau merupakan pengarah pilihanraya PKR Sabah.

Bagi pemilihan parti 2018, Jaffari memenangi jawatan Ketua Cabang Libaran tanpa tanding.

Sebelum ini, kerajaan Negeri pimpinan Warisan telah mengisi empat kerusi Adun dilantik melalui Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, Stephen Wong, Terrence Siambun dan Loreto Padua Sipin Jr.

Dua daripada mereka iaitu kemudian dilantik sebagai menteri iaitu, Tangau sebagai Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Perindustrian dan Perdagangan manakala Stephen pula dilantik sebagai Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat.

Berikutan ini, hanya tinggal satu lagi kerusi Adun dilantik yang masih kosong.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan