Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,806

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Ketua PGRM alu-alukan cadangan DAP berkenaan pembentukan jawatankuasa khas 

8:03pm 19/01/2016 Elezebeth Esther Onjining 31 views Politik,Tempatan
Cleyrance Lee Chen Peng

Cleyrance Lee Chen Peng

KOTA KINABALU- Ketua Pemuda Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) Negeri Sabah, Cleyrance Lee Chen Peng mengalu- alukan cadangan oleh ADUN Sri Tanjung berkenaan pembentukan jawatankuasa khas yang terdiri daripada parti-parti Kerajaan dan pembangkang untuk merangka pelan induk masa depan negeri ini.

Cleyrance berkata cadangan tersebut merupakan satu perkembangan positif dan secara lansung menunjukkan refleksi DAP telah berubah dari segi pendirian politiknya.
“Mereka (DAP) mula menyedari bahawa pembangunan industri hiliran adalah sangat penting dalam usaha menjana dan mengukuhkan sumbangannya kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan pendapatan per kapita yang lebih tinggi bagi negeri ini dalam konteks jangka panjang”, kata beliau.
Disamping itu, beliau berkata bahawa DAP kini lebih memahami, menghargai dan mendukung polisi dan pendekatan yang diambil oleh pihak kerajaan untuk membangunkan industri gas dan minyak dan minyak kelapa sawit bagi meningkatkan sumbangan sektor pembuatan kepada KDNK Negeri Sabah.
Beliau juga menyeru kepada pihak yang berkenaan agar tidak memutar-belitkan konsep-konsep seperi KDNK dan pendapatan per kapita untuk mengelirukan rakyat sebaliknya konsep terebut perlu difahami dalam erti-kata yang tepat dan betul.- Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan