Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Ketua Pengarang Ditembak Depan Rumah

pengarang

Jakarta – Ketua editor Fokus Lampung mingguan, Beni Faisal bin Zaenal Abidin mati ditembak di hadapan rumahnya di daerah Tanjung Senang, Bandar Lampung.

Polis bagaimanapun tidak dapat mendedahkan butiran lanjut kerana siasatan sedang dijalankan.

Ketua bahagian operasi Polis Bandar Lampung, Fidelis Timuranto berkata, “Walaupun siasatan masih dijalankan, kami yakin kejadian itu ada kaitan dengan jenayah.”

Dalam kejadian yang berlaku Ahad lalu, jiran mangsa, Rohmat, 43, pergi ke tempat kejadian selepas mendengar bunyi tembakan dan segera membawanya ke Hospital Besar Abdoel Moeloek.

Motif tembakan masih tidak jelas tetapi berdasarkan beberapa saksi, dia mungkin ditembak sekumpulan perompak yang dipercayai berniat mencuri motosikal miliknya.

Pihak polis sudah mengambil rakaman CCTV bagi memeriksa kandungan untuk mengetahui motif di sebalik pembunuhan.

Sementara itu, menurut isteri mangsa, selepas Beni ditembak, mereka segera beredar menaiki motosikal tetapi motosikal milik suaminya masih berada ditempat kejadian.

Fokus Lampung ditubuhkan oleh Fajrun Najjah Ahmad iaitu tokoh belia oraganisasi Islam terbesar di negara ini iaitu Nahdlatul Ulama yang juga bekas wartawan Lampung Post. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan