Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Ketua Pemuda UPKO letak jawatan

Arthur Sen

 

KOTA KINABALU –  Ketua Pemuda UPKO Arthur Sen meletak jawatan dalam parti itu berkuatkuasa hari ini.

Ketika mengesahkan perkara itu, beliau berkata surat perletakan jawatan telah diserahkan kepada Pemangku Presiden UPKO Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah.

“Saya sekarang dalam dilema untuk menjelaskan sebab mengapa saya meletak jawatan. Saya akan jelaskan pada kemudian hari,” katanya ketika dihubungi di sini.

Sen juga berkata beliau belum ada perancangan mengenai karier politiknya.

Dalam surat bertarikh hari ini, Sen bukan sahaja meletak jawatan sebagai Ketua Pemuda merangkap Naib Presiden UPKO, tetapi juga sebagai anggota parti itu dan tiga lagi jawatan dalam parti iaitu Pengerusi Biro Aduan Awam UPKO Pusat, Naib Ketua Bahagian UPKO Ranau dan Ketua Cawangan UPKO Kampung Rapak, Ranau.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan