Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Ketua Pemuda Umno Perlis Dibebas Dengan Jaminan Polis

kpup

ARAU: Ketua Pemuda Umno Perlis Syed Atif Syed Abu Bakar dan Ketua Penerangan Pemuda Umno Arau Saiful Nizam Othman dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Mereka ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau petang semalam selepas pergi ke sana setelah mendapat tahu mereka dicari polis berhubung dakwaan anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Kangar mereka mengganggu penjawat awam menjalankan tugas di Bazar Ramadan di sini, Ahad lepas.

Syed Atif berkata:”Saya terus ditahan di IPD Arau sebaik menyerah diri namun akan memberi kerjasama penuh kepada polis yang menjalankan siasatan.”

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas dibebaskan di sini, petang tadi.

Sementara itu, peguam Jamil Mohamed Shafie yang mewakili Syed Atif dan Saiful Nizam berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Komen


Berita Berkaitan