Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Ketua PBS Labuan terima anugerah Datuk sempena Hari Wilayah

Peter  bersama Rozman (kiri) selepas istiadat pengurniaan darjah kebesaran di Istana Melawati pada Ahad sempena Hari Wilayah Persekutuan 2015
Peter bersama Rozman (kiri) selepas istiadat pengurniaan darjah kebesaran di Istana Melawati pada Ahad sempena Hari Wilayah Persekutuan 2015

LABUAN: Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong berkenan menganugerahkan darjah kebesaran ‘Panglima Mahkota Wilayah’ (PMW) kepada Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) Labuan, Datuk Peter Mak sempena Hari Wilayah Persekutuan 1 Feb lalu.

Atas penganugerahan itu, Peter yang juga Ahli Majlis Tertinggi PBS mengucapkan terima kasih kepada Presiden parti Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan kepimpinan pusat yang sentiasa memberi perhatian, dukungan dan pertolongan kepada PBS Labuan selama ini.

“Pengurniaan itu adalah keyakinan pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) di peringkat Wilayah Persekutuan di bawah Datuk Rozman Hj Isli selaku Ahli Parlimen Labuan,” kata Sheiron Chang, Ketua Pemuda PBS Labuan ketika menyambut penganugerahan itu.

Sheiron menambah, penganugerahan itu juga melambangkan kerjasama yang erat di kalangan semua ahli PBS Labuan sekali gus menyuntik semangat perjuangan parti demi kepentingan rakyat di Labuan.

Menurut Sheiron lagi, penghargaan  dalam perjuangan parti ditunjukkan melalui pengurniaan darjah kebesaran dan kita memberi ucapan terima kasih melalui komitmen tinggi dalam satu semangat Bersatu dalam PBS.

Peter, 54, anak jati Labuan merupakan graduan Universiti Sains Malaysia (USM) 1987 dan memulakan kerjaya sebagai Pegawai Penyelidik Institut Kajian Pembangunan Sabah (IDS) di Kota Kinabalu.

Peter kemudian balik ke Labuan dan menjadi Pengurus Kanan Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia Sabah Shipyard yang kini dikenali sebagai Labuan Shipyard and Engineering. Peter meninggalkan syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) itu pada 2012 dengan jawatan Pengurus Kanan Hal Ehwal Korporat untuk memulakan perniagaan sendiri.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pemuda PBS Labuan, Patrick Tangkalau menyifatkan penganugerahan Panglima Mahkota Wilayah  kepada pemimpin tertinggi PBS di Labuan itu menunjukkan kepercayaan dan penghargaan tertinggi BN Labuan kepada PBS sebagai rakan komponen.

“Kreadibiliti kepimpinan yang telah ditunjukkan selama ini harus disanjung dalam memperjuangkan dukungan ahli-ahli terhadap matlamat parti dan hak kebajikan rakyat di Wilayah Persekutuan Labuan,” kata Patrick.- Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan