Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,652

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Ketua militan ditangkap

11:52am 15/09/2016 Pak Roshan 8412 views Global
ANGGOTA polis mengawal ketat Muhammad Basri yang ditangkap berhampiran Poso, Sulawesi Tengah, semalam. - Detiknews

ANGGOTA polis mengawal ketat Muhammad Basri yang ditangkap berhampiran Poso, Sulawesi Tengah, semalam. – Detiknews

Jakarta: Polis Indonesia berjaya menangkap ketua kumpulan Mujahidin Indonesia Timur (MIT) manakala seorang lagi anggota organisasi militan itu terbunuh dalam pertempuran dengan pihak berkuasa.

Kejayaan menangkap Muhammad Basri semalam dianggap satu lagi tamparan hebat terhadap kumpulan militan berkenaan yang aktif di wilayah Sulawesi Tengah.

Bekas ketua MIT, Santoso yang dianggap sebagai militan paling dikehendaki di Indonesia dibunuh pasukan keselamatan pada Julai lalu.

“Dia (Muhammad Basri) ditangkap di Poso pada pagi ini (semalam),” kata jurucakap polis, Boy Rafli Amar.

Menurutnya, lelaki itu dibawa ke bandar berhampiran untuk disoal siasat.

Muhammad Basri adalah orang kanan Santoso dan dipercayai mengambil alih kepemimpinan kumpulan berkenaan selepas kematian lelaki itu.

Kumpulan berkenaan turut mengisytiharkan kesetiaannya kepada militan Daish.

Sementara itu, Boy Rafli berkata, seorang anggota MIT yang ditembak mati berhampiran kampung Pesisir dekat Poso dikenali sebagai Andika Eka Putra.

Santoso dan kumpulan militan yang ditubuhnya dipercayai bertanggungjawab dalam beberapa siri serangan terhadap pihak berkuasa negara itu.

MIT yang bersembunyi di hutan tebal di Poso turut melatih militan warga asing yang tertarik dengan perjuangan mereka.

Kini kumpulan berkenaan hanya mempunyai beberapa anggota selepas ramai yang terbunuh dan menyerah diri kepada pihak berkuasa. – AP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan