Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KETUA MENTERI SERU SAFA GIAT USAHA PENAMBAHBAIKAN PENGURUSAN DAN KEWANGAN

Menteri Belia dan Sukan Sabah, Frankie Poon Ming Fung (tujuh dari kiri, duduk) bergambar kenangan pada Kongres Tahunan (Tahun 2018) Persatuan Bolasepak Negeri Sabah (SAFA) di Likas Square, Likas Kota Kinabalu. Gambar SNT/Datu Ruslan Sulai.

KOTA KINABALU: Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa) diseru untuk menggiatkan lagi usaha penambahbaikan segala aspek pengurusannya terutama pembangunan bola sepak negeri dan juga kewangan dengan amalan terbaik (Good Management Practices).

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata satu prasyarat untuk memastikan agar organisasi belia dan sukan tersusun atur, pengurusan kewangan yang teratur serta pentadbiran yang cekap dan professional adalah “we must put our home in order before we excel on what we do” (kita harus menyusun rumah kita sendiri sebelum kita boleh cemerlang dalam apa yang kita lakukan).

Perkara ini amat penting dalam usaha mengejar dan meningkatkan tahap serta menggalas tanggungjawab membawa semula saat kegemilangan bola sepak Sabah, katanya semasa merasmikan Kongres Tahunan Safa di Likas Square di sini hari ini.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Frankie Poon Ming Fung.

Menteri Belia dan Sukan Sabah, Frankie Poon Ming Fung (kiri) diiring masuk oleh pemangku presiden Datuk Yusoff Kassim pada Kongres Tahunan (Tahun 2018) Persatuan Bolasepak Negeri Sabah (SAFA) di Likas Square, Likas Kota Kinabalu. Gambar SNT/Datu Ruslan Sulai.

Shafie memberi jaminan bahawa Kementerian Belia dan Sukan akan sentiasa memberi galakan dan sokongan untuk semua program pembangunan bola sepak yang melibatkan belia.

Di samping itu, beliau turut menyeru agar Safa sentiasa berusaha ke arah memperbanyakkan bilangan pemain-pemain berbakat dalam usaha meningkatkan prestasi bola sepak berkekalan untuk negeri Sabah.

Safa mempunyai tanggungjawab yang besar kerana ia merupakan sebuah badan khusus yang dipertanggungjawabkan ke arah menambah baik mutu permainan bola sepak, menggalakkan, mengawal serta memastikan dasar permainan yang adil dan mempunyai daya nilai untuk membangunkan bola sepak berprestasi tinggi dan penuh teratur, katanya.

Menteri Belia dan Sukan Sabah, Frankie Poon Ming Fung (dua dari kanan) bersama dengan pegawai dari Safa dan FAM pada Kongres Tahunan (Tahun 2018) Persatuan Bolasepak Negeri Sabah (SAFA) di Likas Square, Likas Kota Kinabalu. Gambar SNT/Datu Ruslan Sulai.

“Saya difahamkan bahawa dalam kongres kali ini membincangkan pengurusan semasa termasuk meluluskan laporan kewangan 2017.

“Di samping itu juga, saya dimaklumkan ada beberapa jawatan Ahli Majlis Tertinggi yang akan dipertandingkan. Saya berharap agar proses pemilihan ini berjalan secara teratur dan tertib,” dia berkata.

Dalam pemilihan itu, Alijus Sipil telah dipilih oleh perwakilan dari kesemua 26 zon gabungan Safa sebagai presiden baharu manakala Hamid Apdal dan Datuk Abdul Rahman Zakaria masing-masing dipilih sebagai timbalan presiden 1 dan timbalan presiden 2.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan