Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Ketua Menteri Sabah Gesa Usaha Sama Rapat Sektor Awam-Swasta

pic-36
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman menggesa sektor swasta dan awam supaya bekerjasama rapat dalam membangunkan industri minyak dan gas di Sabah.

Beliau berkata industri itu perlu meningkatkan sektor hilirannya selain perlu membangunkan lebih banyak produk inovatif untuk mengekalkan operasinya.

“Perkembangan baharu dalam teknologi, kemudahan eksplorasi laut dalam sedia ada, pengetahuan dan kemahiran yang lebih baik dalam kalangan penduduk tempatan dan kerajaan yang menyokong sektor ini merupakan sebahagian daripada pemacu yang boleh menjadikan Sabah negeri yang terkenal untuk pemprosesan hiliran minyak dan gas.

“Saya yakin Sabah memiliki segala-gala yang diperlukan untuk menjadi penggiat penting dan berkesan dalam bidang hiliran hasil minyak dan gas, walaupun menghadapi cabaran,” katanya pada perasmian Persidangan dan Pameran Minyak dan Gas Sabah ketiga di sini Isnin.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Raymond Tan Shu Kiah yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian Negeri.

Musa berkata syarikat tempatan juga perlu menjalin usaha sama atau bekerjasama dengan entiti yang ditubuhkan supaya dapat memain peranan yang lebih berkesan dalam sektor minyak dan gas.

Beliau berkata kerajaan negeri berharap usaha sama tempatan itu akan diberi peluang untuk menyertai pada tahap yang sama rata bagi membolehkan Sabah benar-benar meraih manfaat daripada penyertaannya dalam industri minyak dan gas.

Musa juga berkata kerajaan negeri terus komited dalam memacu peluang dan pertumbuhan dalam industri minyak dan gas, termasuk menyediakan infrastruktur yang diperlukan, selain menggalakkan latihan kepada penduduk tempatan untuk meningkatkan kapasiti dan kemahiran.

“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kita telah melihat perkembangan penting dalam industri, menjadi pemangkin dalam pertumbuhan ekonomi Sabah.

“Manfaat sampingan dalam Perkhidmatan sokongan tidak terhad kepada logistik. Pembukaan bandar-bandar baharu di kawasan berhampiran pembangunan minyak dan gas turut membantu menyediakan infrastruktur dan kemudahan yang lebih baik untuk penduduk tempatan,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan