Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KETUA MENTERI MAHU PEGAWAI DAERAH SENTIASA KOMITED

musa aman

KUDAT: Pegawai Daerah di negeri ini digesa untuk sentiasa oeka dan kokited terhadap permasalahan yang berlaku di daerah masing-masing.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman berkata pegawai daerah juga harus sentiasa pro aktif dan turun padang bagi memastikan projek-projek pembangunan yang direncanakan berjalan dengan lancar.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam bersama Penjawat Awam Kerajaan Persekutuan dan Negeri sempena dengan Festival Kudat 2014 di sini.

Kata beliau perlu bagi pegawai daerah mengambil berat di samping memberi idea-idea bernas bagaimana untuk membangunkan lagi daerah-daerah yang ditadbir bagi memastikan agenda transformasi kerajaan dalam memberi perkhidmatan sentiasa berterusan.

Musa juga menyeru penjawat awam kerajaan negeri dan persekutuan agar memberikan kerjasama yang terbaik kepada pegawai daerah.

Beliau juga meminta semua penjawat awam agar tidak terpesong dengan dakyah pembangkang yang hanya suka memperlekehkan setiap agenda pembangunan yang ingib dibawa walhal ia membawa banyak manfaat kepada rakyat.

Pada majlis itu juga beliau telah bersetuju untuk menaikkan gred jawatan Pegawai Daerah di negeri ini daripada Gred N48 kepada N52 bagi menghargai tugas-tugas yang dilakukan oleh mereka.

 

Komen


Berita Berkaitan