Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Ketua kumpulan militan Lashkar-e-Jhangvi dibunuh

ANGGOTA komando polis Pakistan memeriksa mayat Malik di hospital di Muzaffargarh, semalam.
ANGGOTA komando polis Pakistan memeriksa mayat Malik di hospital di Muzaffargarh, semalam.

Lahore: Polis Pakistan membunuh ketua kumpulan militan Lashkar-e-Jhangvi dan 12 lagi pengikutnya dalam satu kejadian tembak menembak semalam selepas beberapa lelaki bersenjata menyerang konvoi polis yang membawa pemimpin itu.

Malik Ishaq bersama dua anak lelakinya ditahan polis pada Sabtu lalu dan mereka dibawa ke satu lokasi berhampiran bandar Muzaffargarh di wilayah Punjab.

Kumpulan militan itu didakwa bertanggungjawab dalam pembunuhan ratusan orang awam terutama penduduk berfahaman Syiah.

Malik pernah didakwa puluhan kali atas tuduhan membunuh tetapi dibebaskan kerana saksi enggan memberi keterangan.

Jurucakap polis Muzaffargarh, Adnan Shehzad berkata, beberapa lelaki bermotosikal menyerang hendap konvoi yang membawa Ishaq yang baru tiba di lokasi itu pada awal pagi semalam.

“Dua belas hingga 15 militan menyerang konvoi polis dan membebaskan tahanan sebelum melarikan diri dengan motosikal.

“Polis kemudian menyerang kumpulan itu yang melarikan diri menyebabkan Malik, dua anak dan 11 pengikutnya maut,” kata seorang lagi jurucakap polis, Nabila Ghazanfar.

Enam anggota polis juga cedera dalam serangan berkenaan.

“Seorang lagi pemimpin kanan kumpulan militan itu juga berjaya dibunuh,” katanya.

Menurutnya, Malik dan dua anaknya sedang disiasat berhubung puluhan kes pembunuhan.

“Kumpulan itu juga mempunyai hubungan dengan kumpulan Taliban dan al-Qaeda di kawasan berkenaan,” jelasnya. – Reuters/HMetro

Komen


Berita Berkaitan