Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,792

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Ketua Kampung, JKKK dan JKDB diseru pantau penyalahgunaan dadah

5:15pm 13/03/2016 Leolerry Lajius 82 views Tempatan
Datuk yeo boon hai ,Mayor Bandaraya kota kinabalu merangkap pengerusi PEMADAM kota kinabalu memberi candramata kepada Datuk haja jainab,merangkap niab yang dipertua pemadam  kebangsaan dan pengerusi PEMADAM Sabah. Selepas sahaja selesai  sempena bergotong-royong bersama masyarakat kampung likas dan pemadam, anjuran PEMADAM yang diketuai oleh Datuk yeo boon hai mayor kota kinabalu.

Datuk Yeo Boon Hai ,Mayor Bandaraya Kota Kinabalu merangkap Pengerusi PEMADAM Kota Kinabalu memberi cenderamata kepada Datuk Jainab,merangkap naib yang dipertua PEMADAM kebangsaan dan pengerusi PEMADAM Sabah selepas gotong-royong bersama masyarakat kampung likas dan pemadam, anjuran PEMADAM yang diketuai oleh Datuk Yeo.-Gambar Oleh Alex Mairin.

KOTA KINABALU: Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK serta JKDB diseru agar memantau penyalahgunaan dadah di kawasan masing-masing dan melaporkan kepada berwajib jika gejala yang tidak sihat ini berlaku dalam kalangan penduduk setempat.

Menurut Menteri Pembangunan Manusia dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Hajah Jainab Datuk Seri Panglima Hj. Ahmad Ayid, untuk membendung masalah ini ia bukan usaha oleh PEMADAM, Agensi Dadah Kebangsaan, DBKK, PDRM dan RELA sahaja tetapi memerlukan penglibatan semua lapisan masyarakat.

“Penduduk kampung juga perlu lebih prihatin dengan persekitaran mereka kerana kita tidak mahu golongan belia yang merupakan  pewaris kepimpinan negara hancur oleh musuh nombor satu negara  iaitu dadah akibat kealpaan kita,”katanya.

Beliau berkata demikian sempena gotong royong PEMADAM Bandaraya Kota Kinabalu bertempat di Dewan Serbaguna Likas, pagi tadi.

Program tersebut turut mengadakan pameran anti dadah, demonstrasi sebatan rotan oleh Jabatan Penjara dan Demonstrasi anjing mengesan dadah oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Tambah Jainab, program seumpama itu merupakan salah satu platform untuk memupuk kesedaran anti dadah dan bahaya pengambilan dadah kepada orang ramai.-Oleh Leolerry Lajius /Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan