Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

ketua kampung diminta lapor penyambungan bekalan elektrik haram

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan


KOTA KINABALU- Aktivist Masyarakat dan Hak Asasi Manusia Datuk Patrick Sindu meminta Ketua Kampung dan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) melaporkan aktiviti penyambungan bekalan elektrik haram di kawasan masing-masing kepada pihak berkuasa, khususnya Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) agar tindakan wajar dapat diambil.

Beliau berkata langkah itu penting bukan sahaja untuk memastikan tiada kerugian yang dialami oleh SESB tetapi juga memastikan tidak berlaku kemalangan maut akibat renjatan elektrik.

“Berdasarkan aduan dan kes lampau, ramai orang maut terkena renjatan elektrik akibat penyambungan haram. Sebenarnya orang kampung, khususnya Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK lebih tahu penghuni di kawasan masing-masing yang kebanyakannya pendatang tanpa izin (PATI) melakukan penyambungan bekalan elektrik secara haram, termasuk menyembunyikan talian elektrik dalam belukar.

Ini sudah tentu membahayakan penduduk atau orang ramai yang melintasi kawasan terbabit apa lagi pada musim hujan. Kita tidak mahu apa yang berlaku di Sandakan dua hari lepas berlaku lagi, sebab itu, ketua kampung dan pengerusi JKKK harus melaporkan segera akiviti mencuri bekalan elektrik supaya mereka yang melakukan kesalahan dapat dibawa ke muka pengadilan,” katanya, di sini kelmarin.

Patrick berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah (JBPS) Nordin Pauzi pada Isnin yang meminta agar tindakan segera diambil bagi memastikan insiden anggota bomba terkorban akibat renjatan elektrik disebabkan penyambungan haram tidak berulang.- Monica Gidong / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan