Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Ketua Kampung ajak penduduk bergaduh tidak masuk akal

Elron (tengah) merakam gambar kenangan bersama pegawai-pegawai kanan PDRM Keningau, dalam program itu. - foto Kalawon Sawing
Elron (tengah) merakam gambar kenangan bersama pegawai-pegawai
kanan PDRM Keningau, dalam program itu. – foto Kalawon Sawing

KENINGAU – Pemimpin masyarakat perlu berlaku adil dalam setiap perkara dan menjadi teladan kepada semua penduduk setempat.

Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Ellron Angin berkata, ini kerana beliau mengakui menerima aduan daripada pihak yang tertentu bahawa terdapat ketua kampung mengajak penduduknya bergaduh.

Menurut beliau, aduan tersebut adalah amat mengejutkan dan memalukan ketua kampung dan hal itu tidak seharusnya berlaku kerana ketua kampung yang dilantik itu sepatutnya menjaga kawasan mereka dengan baik dan bertindak adil dalam permasalahan yang wujud antara penduduk.

“Ketua Kampung merupakan contoh dalam sesebuah komuniti dan menjadi orang tengah yang menyelesaikan permasalahan yang dialami penduduk kampungnya, akan tetapi aduan yang diterima itu tidak menunjukkan kewajibannya sebagai ketua malah telah melanggar amanah dan kepercayaan yang dipertangungjawabkan kepadanya.

“Kita amat memandang serius perkara ini dan akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang berkenaan”, katanya ketika berucap pada program Jelajah Masyarakat, yang dianjurkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Dewan Kampung Biah Tengah, di sini semalam.

Ellron berkata, semua pemimpin masyarakat perlu sentiasa membantu dan memberi kerjasama kepada pihak polis dalam menjaga ketenteraman awam. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan