Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,655

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Ketua Geng Aton kembali mencuri selepas keluar penjara

4:28pm 10/06/2016 Leolerry Lajius 693 views Jenayah,Tempatan
Chandra menunjukkan barangan rampasan dalam kejadian berkenaan.

Chandra menunjukkan barangan rampasan dalam kejadian berkenaan.

KOTA KINABALU: Ketua kumpulan Geng Aton yang baru sahaja keluar dari penjara pada 27 April lalu selepas dipenjara selama lima tahun atas kesalahan pecah rumah ditahan pihak polis kerana memecah masuk sebuah rumah di Taman Setia Likas pada isnin lepas.

Menurut Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra, pihak polis berjaya menumpaskan geng berkenaan apabila empat anggotanya ditahan dan merampas pelbagai barangan bernilai RM200,000  yang cuba dilarikan dari rumah berkenaan.

Menurut beliau, anggota polis yang sedang meronda di kawasan itu ternampak sebuah kenderaan yang berhenti di hadapan rumah berkenaan dan dalam keadaan mencurigakan.

“Terdapat seorang lelaki di dalam kenderaan berkenaan dan hasil siasatan terhadap lelaki itu mendapati tiga rakannya yang lain sedang melakukan jenayah pecah rumah,”katanya.

Kesemua suspek ditahan bersama  barang-barang yang dicuri iaitu 10 utas jam tangan berjenama, tiga dompet dan sebuah alat permainan video yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM200,000.

Ketua kumpulan Geng Aton, yang merupakan warga tempatan berusia 39 tahun yang baru sahaja keluar dari penjara didapati telah melakukan empat kes pecah masuk rumah iaitu di Jalan Sepanggar, Manggatal, Taman Perumahan Luyang dan di sebuah kilang di Kelombong.

Kesemua yang ditahan adalah berusia antara 25 hingga 39 tahun dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkam suspek boleh dipenjara sehingga 14 tahun dan juga dikenakan denda dan sebat.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan