Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Ketua Cawangan Umno parajurit barisan hadapan parti: Tawfiq

TAWFIQ beramah-mesra dengan pemimpin Umno Bahagian Tawau. - Foto MASANI SANDAN / Sayangsabah
TAWFIQ (dua dari kanan) beramah-mesra dengan pemimpin Umno Bahagian Tawau. – Foto MASANI SANDAN / Sayangsabah

TAWAU: Ketua-ketua cawangan Umno Bahagian Tawau diminta memainkan peranan sebagai parajurit barisan hadapan dalam menangkis segala fitnah dan tomahan yang dilemparkan kepada Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Razak oleh segelintir pihak.

Ketua Umno Bahagian Tawau, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata, ketua cawangan perlu melengkapkan diri dengan maklumat sahih mengenai pelbagai isu semasa sebagai benteng mempertahankan kepimpinan parti dari serangan pihak tertentu.

“Pelbagai tomahan dilemparkan kepada Presiden parti termasuk serangan peribadi dan isu Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). Oleh itu,  ketua cawangan Umno perlu memainkan peranan di sini,” katanya semasa berucap merasmikan Mesyuarat Cawangan Umno Berkelompok di sini kelmarin.

“Jangan pula ada ketua cawangan yang bertindak ikut sama menyerang Presiden dan barisan kepimpinan parti, kerana kalau kita ikut `hentam’ Presiden dan parti kita..  bagaimana kita hendak menang,” katanya lagi.

Selain itu, beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan Sabah berkata, ketua cawangan juga diminta segera mengenalpasti lebih 4,000 ahli Umno di bahagian itu yang masih belum lagi mendaftar sebagai pengundi dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pada tahun 2013, Umno Bahagian Tawau mempunyai 175 buah cawangan dengan jumlah keahlian seramai 23,544. Manakala, bagi tahun lepas pula, bilangan cawangan dan keahlian meningkat 178 buah cawangan dan 24,424 ahli.

“Apa guna banyak cawangan kalau tidak berjuang untuk parti dan jangan ramai ahli semata-mata untuk dapat kuota ke bahagian, yang penting apabila banyakkan ahli, mereka ini berdaftar sebagai pengundi untuk bolehkan kita terus menang.

Menurut beliau, daripada jumlah keseluruhan ahli Umno Bahagian itu hanya 16,054 ahli sahaja yang layak mengundi, sementara 5,806 lagi tidak layak disebabkan masalah dokumen. Seramai 1,450 ahli yang lain pula masih berada di bawah umur.
– Oleh Masani Sandan / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan