Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,822

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Ketua ajaran sesat hadapi hukuman berat

10:33am 06/12/2015 Pak Roshan 365 views Global
sesat

Aravindan

London: Seorang ketua ajaran sesat berdepan mati di dalam penjara selepas dia didapati bersalah terhadap tuduhan serangan seksual ke atas dua wanita dan mengurung anaknya sendiri selama 30 tahun.

Aravindan Balakrishnan, 75, yang dikenali ‘Comrade Bala’ didapati bersalah atas 14 daripada 16 tuduhan yang dihadapinya pada perbicaraan di London, kelmarin.

Ketika membacakan keputusannya, hakim Deborah Taylor memberitahu Aravindan supaya bersedia dengan hukuman berat, setimpal dengan kesalahannya.

Lelaki itu juga dihantar ke penjara sementara menunggu laporan pemeriksaan psikiatrik.

Hukuman akan dijatuhkan 29 Januari depan.

Dalam keterangannya kepada Mahkamah Southwark County sebelum ini, anak Aravindan berkata, bapanya mengurung dia dan dua wanita lain selama 30 tahun di rumahnya dengan menakutkan mereka menggunakan ugutan dipanah petir jika meninggalkan rumah itu.

Dalam keterangan itu juga, dia mendakwa pintu dan tingkap di rumah berkenaan berkunci dan semua kunci disembunyikan.

Wanita berkenaan turut mendakwa, walaupun sakit, mereka tidak pernah dibenarkan berjumpa doktor dan Aravindan yang berasal dari Singapura hanya ketawa dan langsung tidak kisah dengan keadaan kesihatan mereka.

Dia ditahan dua tahun lalu selepas anak perempuannya menghubungi pertubuhan kebajikan untuk memberitahu dia dan dua lagi wanita termasuk seorang rakyat Malaysia dikurung di rumah mereka. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan