Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Ketepikan perbezaan politik dalam memperjuangkan MA63

11:40pm 15/09/2016 Leolerry Lajius 288 views Kota Kinabalu,Politik,Tempatan
Madius(tengah) mengambil gambar bersama hadirin yang hadir sempena program berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

Madius(tengah) mengambil gambar bersama hadirin yang hadir sempena program berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Rakyat di negeri ini diseru agar bersatu dalam menyuarakan tuntutan yang menyentuh mengenai pelaksanaan peruntukan yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 tanpa mengira fahaman politik.

Kerjasama itu adalah penting dalam usaha menuntut kajian semula perjanjian berkenaan bagi memastikan ia dipatuhi sama seperti tujuan asal perjanjian berkenaan dipersetujui.

Presiden UPKO Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata, dalam usaha untuk menuntut hak negeri ini seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963, pendapat dan cadangan dari semua pihak wajar diambil kira tanpa mengira fahaman politik.

“Bagi UPKO, kita sentiasa komited dalam usaha menyuarakan dan menyelesaikan isu ini agar peruntukan yang termaktub dalam Perjanjian 1963 dapat dilaksanakan,”katanya ketika ditemui sempena Forum Hari Malaysia Anjuran Biro Politik UPKO, di salah sebuah hotel pada khamis.

Beliau turut menyatakan, semua resolusi yang dibincangkan sempena forum berkenaan akan dirumuskan dan keputusannya akan diserahkan secara rasmi kepada Perdana Menteri sempena Konvensyen UPKO pada 12 November ini.

“Sempena forum ini soal pendidikan juga turut disentuh dari aspek meningkatkan kesedaran kekitaan dan patriotisme rakyat.”

“Jawatankuasa-jawatankuasa yang ditubuhkan bagi tujuan ini juga adalah perlu disatukan agar perkara ini dapat dibincangkan bersama bagi mencari langkah penyelesaian yang terbaik,”katanya.

Disamping itu, Madius turut menyambut baik penambahan kerusi Dewan Undangan Negeri yang turut melibatkan Daerah Tuaran.

“Saya berterima kasih kerana penambahan semula kerusi DUN itu turut melibatkan Daerah Tuaran namun apa yang saya harapkan ia akan dapat diagihkan secara adil dalam kalangan parti komponen dalam Barisan Nasional,”katanya.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Madius ketika ditemui media sempena program berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

Madius ketika ditemui media sempena program berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan