Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,666

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Ketepi Perbezaan, Beri Sokongan Padu Kepada Calon BN – Salleh

10:52am 03/05/2016 Pak Roshan 26 views Mutakhir,Politik
Datu Sri Salleh Said Keruak

Datu Sri Salleh Said Keruak

MIRI – Penyokong BN Sarawak perlu mengetepikan segala perbezaan antara mereka dan memberi sokongan padu kepada kesemua calon parti itu agar mereka menang dengan majoriti lebih besar pada pilihan raya negeri, 7 Mei ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak meminta mereka menterjemahkan sokongan padu itu dalam bentuk undi kepada calon-calon BN dengan turun beramai-ramai pada hari pengundian.

“Tidak kira siapa calon, asal lambang BN beri sokongan penuh,” katanya pada majlis jamuan bersama penghulu dan ketua kaum di kawasan Parlimen Miri, Isnin malam.

Salleh berkata, parti pembangkang bukanlah parti pilihan rakyat Sarawak kerana mereka terbukti tidak mampu mentadbir kerajaan.

“Lihat sahaja semasa pilihan raya negeri ke-11 ini, parti pembangkang bertanding sesama sendiri di enam kawasan,” katanya.

Salleh berkata, parti pembangkang tidak mempunyai hasrat berkhidmat kepada rakyat, tetapi hanya berminat untuk menjadi wakil rakyat.

Katanya, BN mempunyai struktur yang kuat berbanding pembangkang, dan hanya kerajaan pimpinan BN mampu meningkatkan taraf hidup rakyat Sarawak.

Salleh turut meminta penyokong BN di Miri khususnya supaya terus berkempen bagi memastikan sokongan rakyat terhadap parti itu dapat ditingkatkan.

“Saya harap kita semua pastikan tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Pujut, Piasau dan Senadin dimenangi oleh BN dengan majoriti lebih besar,” katanya.

Beliau berkata, Ketua Menteri, Sarawak Tan Sri Adenan Satem telah banyak melakukan pembaharuan dalam pentadbiran dan perlu mendapat sokongan kuat rakyat untuk kesinambungan pembangunan negeri ini. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan