Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,651

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Ketam main pisau

9:21am 24/09/2016 Pak Roshan 24 views Global
GAMBAR yang dipetik daripada rakaman video menunjukkan ketam itu dengan pisau.

GAMBAR yang dipetik daripada rakaman video menunjukkan ketam itu dengan pisau.

Sao Paulo: Seekor ketam dirakam menghunuskan pisau sambil cuba melarikan diri dari lelaki yang merakamnya.

Video yang viral di media sosial menunjukkan lelaki berkenaan cuba mengambil pisau itu, tetapi ketam berkenaan bertindak agresif dengan dilihat seolah-olah menghayunkan senjata itu bagi mengelak dirinya ditangkap.

Kebanyakan mereka yang mengulas rakaman berkenaan menganggapnya lucu dengan ada yang menulis, ketam itu mungkin tahu dia akan dimakan dan mempertahankan dirinya daripada tukang masak.

Ada pula yang menyifatkannya sebagai kekejaman terhadap haiwan sambil menyelar lelaki yang merakam video berkenaan kerana menakut-nakutkan ketam itu.

Seorang pakar marin berkata, dia percaya ada orang yang sengaja meletak pisau pada sepit ketam itu. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan