Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,800

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Ketahui peranan koperasi sebelum penubuhan

8:55am 30/11/2015 Ann Vivien 20 views Isu Semasa,Tempatan
Datuk Raime Unggi

Datuk Raime Unggi

TENOM: Ahli Parlimen Tenom Datuk Raime Unggi mengingatkan para ahli koperasi atau yang baharu bercadang untuk menubuhkan sebuah koperasi agar dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang peranan koperasi.                                                   

Ini kerana katanya, kuranganya ilmu berkoperasi terutamanya dalam kalangan anggota lembaga koperasi akan menyebabkan banyak koperasi berdaftar tidak aktif mengakibatkan para anggota hilang minat dan meninggalkan koperasi yang akhirnya membawa kepada kegagalan dalam koperasi.                     

Katanya, jika koperasi dapat diurus dengan baik berlandaskan pematuhan kepada peruntukkan undang-undang koperasi sedia ada,sama ada dalam perniagaan mahupun pentadbirannya tidak mustahil koperasi berkenaan akan mampu untuk membantu meningkatkan taraf hidup anggotanya  mahupun masyarakat sekeliling.                                                 

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Program Parlimen Bersama Koperasi Peringkat Parlimen P.181 Tenom di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan di sini pada Sabtu.                        

Jelas beliau lagi, walaupun pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) boleh memberi nasihat serta memantau perjalanan koperasi sebagai sebuah badan sosio ekonomi yang bersifat autonomi maka ia terpulang kepada anggota lembaga koperasi  serts anggota koperasi sendiri menentukan kejayaan serts hala tuju koperasi yang dimiliki.   – Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan