Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Ketahui kawasan panas denggi melalui aplikasi iDengue-MOSTI

6:22pm 21/03/2016 Leolerry Lajius 40 views Tempatan
Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

TUARAN: Masyarakat diseru agar memuat turun aplikasi iDengue secara percuma untuk mengetahui kawasan masing-masing bebas denggi atau sebaliknya.

Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, menerusi aplikasi itu, orang ramai boleh mengetahui sesuatu tempat itu bebas denggi atau sebaliknya dan maklumat dalam aplikasi tersebut adalah berdasarkan waktu sebenar dan dikemas kini setiap masa oleh Kementerian Kesihatan.

“Aplikasi itu diwujudkan bersama-sama dengan Kementerian Kesihatan untuk memantau dan memastikan keupayaan memerangi denggi bukan lagi tanggungjawab satu-satu agensi tetapi semua pihak termasuk orang ramai.”

“Dengan aplikasi itu juga, rakyat di satu-satu kawasan boleh mengetahui kawasan panas pembiakan denggi dan jika mempunyai kes, penduduk perlu bekerjasama untuk membersihkan kawasan itu seterusnya meminta agensi berkaitan mengambil langkah pencegahan,” katanya.

Tambah beliau, MOSTI juga turut mempunyai satu produk inovasi yang mampu membunuh lava nyamuk di kawasan pembiakan seterusnya memberhentikan pembiakan nyamuk aedes.

“Produk yang dihasilkan di New Zealand itu bukan sejenis bahan kimia sebaliknya ia adalah satu elemen yang diekstrak dari badan nyamuk itu sendiri.”

“Setakat ini MOSTI telah mengedarkan lebih kurang 100,000 kit produk itu dibeberapa negeri yang menjadi kawasan panas pembiakan nyamuk aedes,” katanya.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan