Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,723

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Ketagihah melampau

10:25am 26/06/2016 Pak Roshan 4613 views Global
REMAJA reput kaki akibat terlalu lama bermain permainan video.

REMAJA reput kaki akibat terlalu lama bermain permainan video.

Hangzhou, China: Seorang remaja yang ketagih permainan video ditemui dengan tapak kaki berdarah dan hampir reput selepas bermain permainan berkenaan selama enam hari tanpa henti.

Remaja berusia 19 tahun itu ditemui terbaring oleh polis berhampiran landasan kereta api di bandar ini pada Rabu lalu.

Ketika ditemui remaja itu berada dalam keadaan lemah dan tapak kakinya dilihat berdarah serta hampir reput akibat dijangkiti kuman.

Remaja itu memberitahu polis, dia tidak makan selama tiga hari kerana tidak mempunyai wang dan tiada tempat untuk dituju.

Katanya, semua wangnya dihabiskan dengan bermain permainan video dalam talian di sebuah kafe Internet selama enam hari tanpa henti. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan