Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kesihatan rakyat negara membimbangkan: Tawfiq

Tawfiq Abu Bakar Titingan (dua kiri) mempamerkan buku sebagai simbolik perasmian itu. - foto Masani Sandan
Tawfiq Abu Bakar Titingan (dua kiri) mempamerkan buku sebagai simbolik perasmian itu. – foto Masani Sandan

TAWAU – Laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Lembaga Promosi Kesihatan dari tahun 2013 hingga 2017 menganggarkan seramai 26 juta rakyat negara ini akan menghidap kencing manis manakala 5.8 juta pula berhadapan masalah tekanan darah tinggi dan 6.2 juta pula berisiko dengan peningkatan kolesterol serta 2.5 juta pula dijangka mengalami masalah obesiti.

Menteri Belia dan Sukan negeri, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata, data tersebut menunjukkan tahap kesihatan rakyat negara ini dan sekiranya amalan gaya hidup sihat tidak dipraktikkan mulai sekarang, ia akan merugikan negara dari segi tenaga kerja yang produktif.

Sehubungan itu, beliau mahu masyarakat lebih peka dan melakukan perubahan bagi mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat terutamanya membabitkan aspek makanan kerana, jelasnya, komuniti sihat dapat melahirkan tenaga kerja produktif sekaligus mampu menjana ekonomi dan kemajuan negara.

“Data ini akan merugikan negara, jadi kita semua perlu imbangi pengambilan makanan dengan aktiviti fizikal yang dilakukan secara kerap dan berterusan dan dijadikan rutin harian. Penduduk negara kini mencecah populasi lebih 30 juta orang, ktia akan rugi jika ramai yang tidak sihat ekoran kehilangan sumber tenaga kerja manusia dan terpaksa membawa masuk tenaga kerja dari negara luar.

“Apabila bergantung kepada orang luar wang akan mengalir keluar lebih banyak dari masuk dan ini akan menyebabkan negara rugi sekaligus menyebabkan produktiviti dan daya saing negara berkurangan,’’ katanya ketika berucap dalam program Seminar Gula Itu Racun dan Pelancaran Buku 4 Rahsia Untuk Kembali Muda dan Sihat Sepanjang Hayat di Auditorium Perpustakaan Wilayah Tawau, di sini hari ini.

Mengenai program berkenaan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas itu berkata, program anjuran Persatuan Usahawan Belia Tawau (PUBT) itu penting dari segi kesihatan yang diperlukan semua pihak. – oleh Masani Sandan / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan