Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kesihatan merupakan harta termahal yang tidak boleh dijual beli

10:27am 03/08/2016 Leolerry Lajius 91 views Tempatan
Samsudin (tengah) mengambil gambar bersama peserta yang menyertai program berkenaan.

Samsudin (tengah) mengambil gambar bersama peserta yang menyertai program berkenaan.

SANDAKAN: Amalan gaya hidup sihat bukan semata-mata melakukan senaman yang berat sahaja namun cukup sekadar aktiviti santai seperti berjalan kaki.

Adun Sekong, Datuk Samsudin Yahya berkata amalan gaya hidup sihat adalah pelaburan yang membawa pulangan amat tinggi untuk rakyat dan negara.

“Kesihatan adalah salah satu nikmat kehidupan dan kesihatan juga merupakan harta termahal yang tidak boleh dijual beli,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Fitness Dance 2016 di Kompleks Sukan Sibuga, di sini, baru-baru ini.

Menurut Samsudin walaupun kerajaan menanggung sebahagian besar kos rawatan perubatan, namun rakyat perlu memainkan peranan mereka untuk menjaga kesihatan memandangkan serangan penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, darah tinggi, penyakit kardiovasular, penyakit saluran pernafasan kronik dan barah semakin meningkat.

Jelas beliau selain gaya hidup sihat, pengambilan makanan seimbang juga penting bagi mengekalkan kecergasan dan kesihatan badan.

“Masyarakat juga dinasihatkan supaya mengamalkan senaman supaya kekal sihat dan cergas. Penekanan mengenai gaya hidup sihat harus diberi kepada golongan pelajar sekolah kerana mereka adalah tulang belakang kepada kemajuan negara pada masa depan.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Fay’s Studio, yang telah berjaya menghimpunkan ramai pengemar tarian yang bersifat riadah, bagi tujuan mengekalkan tahap kesihatan seterusnya, menjalani kehidupan sihat.

“Saya amat kagum dengan penyertaan pelbagai kaum yang hadir, dan melihat ianya merupakan medium terbaik, untuk kita mengukuhkan kesatuan dan perpaduan dikalangan rakyat berbilang kaum di negara ini,”katanya./SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan