Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

kesihatan fizikal dan kekuatan emosi perlu dijaga – JUHAR

Antara tetamu khas yang hadir- foto Jabatan Penerangan
Antara tetamu khas yang hadir- foto Jabatan Penerangan

KOTA KINABALUkesihatan fizikal dan kekuatan emosi perlu diberi perhatian bagi setiap bakal Jemaah haji semasa menunaikan rukun islam yang kelima.

Menunaikan ibadah haji memerlukan pergerakan yang banyak antaranya tawaf, sa’ie, melontar jamrah serta perkara-perkara yang lain.

Semasa di tanah suci hamper empat juta orang berada di suatu tempat yang terbatas yang pastinya akan berlaku kesesakan dan pelbagai cabaran ditempuhi oleh semua bakal Jemaah haji.

Semoga dengan berkat kesabaran dan kekuatan fizikal dan mental semua bakal Jemaah haji akan memperolehi haji yang mabrur.

Demikian ucapan yang disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah Tun Datuk Seri Panglima Dr Haji Juhar Haji Mahirudin semasa merasmikan kursus Perdana Haji Musim 1436H/2015M peringkat negeri Sabah bagi Zon Pantai Barat di Masjid Universiti Malaysia Sabah pagi tadi.

Turut hadir Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Norlidah Tan Sri R.M Jasni.

Tambahnya lagi, kursus seumpama ini akan membantu bakal Jemaah haji melaksanakan segala proses ibadah haji dengan lebih mudah dan selesa mengikut tertib yang betul.

Bakal haji perlu menanamkan niat dalam diri untuk pergi menunaikan haji sebagai tetamu Allah dan berusaha sebaiknya untuk mendapat haji yang mabrur dan menjadi orang yang lebih baik dari sebelumnya ”, jelasnya lagi.

Tun Juhar turut memuji usaha berterusan yang dilakukan oleh Tabung Haji (TH) untuk menambahbaik segala kemudahan bukan lojistik dan infrastuktur operasi haji malah hal yang berkaitan kefahaman serta menyediakan ilmu kepada bakal haji.

Katanya , pengiktarafan oleh Muassasah iaitu Institusi di bawah Kementerian Haji Arab Saudi yang menobatkan Tabung Haji sebagai pengurus haji terbaik merupakan bukti kesungguhan dan komitmen semua pihak.

Bukan hanya pengurusan tabung haji malah Jemaah haji Malaysia juga merupakan antara Jemaah yang tinggi disipilin dan sentiasa mematuhi peraturan-peraturan yang telah di tetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi.

Bersyukurlah kerana menerima jemputan sebagai tetamu Allah dari jutaan yang masih menunggu giliran untuk mengerjakan haji dan gunakanlah peluang ini sebaiknya”, tambahnya lagi.- SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan