Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kesetiaan, keikhlasan jadikan pegangan

Musa berucap semasa perasmian Mesyuarat Perawakilan UMNO Bahagian Putatan. - foto Jimmy Tan / SayangSabah
Musa berucap semasa perasmian Mesyuarat Perawakilan UMNO Bahagian Putatan. – foto Jimmy Tan / SayangSabah

PUTATAN – Kesetiaan dan keikhlasan terhadap parti merupakan dua intipati penting yang harus ada dalam diri dan menjadi pegangan setiap ahli UMNO dalam menangani cabaran semasa.

Nasihat itu dilontarkan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, yang mahu agar apa jua cabaran dan dugaan dihadapi bersama oleh seluruh ahli parti disemua peringkat.

Beliau menegaskan, kejayaan UMNO dan rakan komponen parti dalam beberapa pilihan raya umum lalu meletakkan dan mengekalkan negeri ini selaku deposit tetap Barisan Nasional (BN).

“Kita mempunyai tanggungjawab kepada ahli dan pemimpin. Ciri-ciri kesetiaan ini dapat memantapkan lagi kekuatan UMNO Sabah yang diakui dihormati oleh kawan dan lawan.

“Kenapa.., kerana mereka tahu UMNO Sabah kuat dan mantap, dan ini semua adalah hasil kesetiaan dan keikhlasan setiap ahli parti,” katanya dalam ucapan perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Putatan di Dewan Masyarakat Putatan, di sini hari ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri itu menambah, kemenangan BN dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) memerlukan kesepakatan di antara parti komponen BN.

Musa dan Yahya bergambar kenangan bersama perwakilan UMNO Bahagian Putatan. - foto Jimmy Tan / SayangSabah
Musa (tengah) dan Yahya bergambar kenangan bersama perwakilan UMNO Bahagian Putatan. – foto Jimmy Tan / SayangSabah

Beliau menjelaskan, UMNO sedar akan kesetiaan kepada parti amat penting dan aspek itu seringkali diberi penekanan kepada setiap ahli UMNO dan BN.

“Kalau kita amalkan, kita akan berada dalam landasan yang betul. Kita tidak pernah meninggi diri dengan gelaran fix deposit, sebaliknya kita kerja kuat untuk mantapkan agar parti terus dihormati.

“Jika kita bersengketa, huru hara, apa ada… bersengketa hanya akan mengakibatkan kita lemah dan kalau kita lemah akan kala PRU, kita tidak mahu itu berlaku. Oleh itu, kita perlu bersiap siaga,” ujarnya.

Musa berkata, dengan kesepakatan boleh menyelesaikan apa juga masalah yang berlaku dalam parti, tetapi semua ahli parti perlu ikhlas menunaikan tanggungjawab masing-masing.

“Saya persaya, UMNO Bahagian Putatan ada ciri-ciri itu. Datuk Yahya seorang sahabat yang baik dan setia. Kami sudah lama berkawan dan saya tahu beliau seorang yang kuat bekerja sehingga sekarang,” jelasnya.

Sehubungan itu, katanya, ahli parti perlu sentiasa mendekati akar umbi dan memastikan agar keyakinan dan kepercayaan mereka kepada parti tidak luntur. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan