Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kesepakatan parti politik dituntut demi kepentingan rakyat Sabah

anifahaman

KOTA KINABALU – Usaha menggabungkan parti-parti politik di negeri ini untuk bersatu  bagi memperjuangkan hak-hak Sabah seperti yang termaktub dalam Perlembagaan masih belum terlambat.

Ruang dan peluang itu seharusnya dimanfaatkan oleh mereka untuk duduk semeja dan membincangkan perkara, jaminan serta janji yang diberikan kepada negeri ini semasa pembentukan Malaysia 1963 khususnya berkaitan Perkara 20.

Sebelum ini, seringkali rakyat mendengar dan terdapat banyak perbincangan mengenai pembentukan Malaysia 1963 yang dibincangkan secara ilmiah dan langsung yang dapat memberi gambaran lebih mendalam mengenai topik tersebut kepada orang ramai.

Menurut Pengerusi Parti Reformasi Negeri (Star), Datuk Dr. Jeffrey Kitingan, semasa era beliau, satu perjumpaan dalam parti-parti politik di Sabah pernah dibuat, namun malangnya hasil perbincangan itu menemui kegagalan.

“Soalan orang ramai kenapa parti dulu tidak bergabung… sebenarnya ada walaupun saya bukan ahli politik pada masa itu, saya sendiri berjumpa dengan Tun Mustpha dan beberapa orang berbincang tentang hal ini.

“Dari dahulu lagi kita mahu duduk dan bincang bagaimana kita mahu bersatu, tapi malangnya tiada kejayaan sudah lebih 20 tahun. Jadi, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Menteri Luar, Datuk Anifah Aman, yang sudah memulakan langkah ini pada hari ini.

“Kita perlu duduk dan kongsikan pandangan kita,” katanya ketika menjawab soalan dalam Forum Perjanjian Pembentukan Malaysia 1963 anjuran Kementerian Luar Negeri di Kompleks Dewan Kuliah Kedua, Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini hari ini.

Sementara itu, Penganalisis Politik dan Ekonomi, Zainal Ajamain berkata, semua pihak diminta berfikir secara mendalam dan menghormati Perjanjian Malaysia 1963 dan mengaitkannya dengan pembangunan Malaysia itu sendiri.

“Yang harus kita fahami laporan Memorandum Inter-Governmetal Committee (IGC)  1962. Maklumat ini perlu dibaca oleh orang ramai terutama rakyat negeri ini agar mereka memahami latar belakang sebenar Pembentukan Malaysia 1963 dan Perkara 20.

“Di situlah terbentuknya kita dan siapa dalam Malaysia seperti dijelaskan dalam keputusan pembentukan Malaysia yang telah diwarta dan diumumkan secara rasmi kepada dunia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” ujarnya.

Antara panel yang turut diundang dalam forum itu ialah bekas ketua menteri yang juga Presiden Parti Maju Rakyat Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah; Penganalisis Politik dan Ekonomi, Zainal Ajamain; Setiausaha Jabatan Hal Ehwal Maritim Kementerian Luar Negara, Dr. Azfar Mohamad Mustafar dan Pengarah Pusat Kajian Strategik dan Keselamatan UMS, Dr. Zaini Osman.

Dalam pada itu, Anifah selaku moderator forum tersebut menegaskan setiap orang mempunyai pendapat berbeza mengenai Pembentukan Malaysia.

Katanya, Pembentukan Malaysia adalah selaras dan mematuhi dengan resolusi Perhimpunan Agung PBB 1541 (15) Prinsip 9 yang mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara baharu di Asia Tenggara. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan