Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,655

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kesemua Pelajar Tajaan MARA Di Paris Selamat

4:12pm 14/11/2015 Pak Roshan 13 views Mutakhir,Nasional

050239381-Read-Only

KUALA LUMPUR – Kesemua pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Paris selamat berikutan insiden serangan di Paris.

Bagaimanapun Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) Mara Abdul Halim Abas enggan memaklumkan jumlah keseluruhan pelajar Malaysia yang menuntut di sana.

Katanya, berdasarkan maklumat yang diterimanya, tiada insiden yang melibatkan pelajar Malaysia ketika serangan itu berlaku.

“Pelajar Malaysia berada jauh dari lokasi kejadian dan pihak Mara akan menyalurkan maklumat terkini mengenai keadaan pelajar di sana,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Beliau berkata pegawai Mara sentiasa memantau keadaan dan keselamatan pelajar untuk mengetahui status terkini di sana.

Sehubungan itu, ibu bapa dan pelajar dinasihatkan supaya tidak bimbang tentang keselamatan dan sentiasa berhubung antara satu sama lain. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan