Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kerajaan akan memastikan keselamatan Sabah akan sentiasa berada di tahap lebih tinggi- Salleh

10:25pm 03/04/2016 Elezebeth Esther Onjining 20 views Tempatan
Salleh (duduk, empat dari kanan) bersama Pemimpin Komuniti 1 Malaysia memegang sepanduk yang menyatakan sokongan mereka terhadap Najib

Salleh (duduk, empat dari kanan) bersama Pemimpin Komuniti 1 Malaysia memegang sepanduk yang menyatakan sokongan mereka terhadap Najib

KOTA KINABALU- Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Syed Keruak memberi jaminan bahawa Kerajaan Persekutuan dan Negeri akan memastikan keselamatan negeri ini sentiasa berada di tahap yang lebih tinggi.

Menurut Salleh, kesemua langkah keselamatan yang diambil perlu merangkumi kedua- dua aspek iaitu laut dan darat.

“Saya percaya pihak berkuasa akan menyiasat penculikan supaya tindakan boleh diambil untuk memastikan perkara tersebut tidak berulang lagi,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa sidang akhbar sempena mesyuarat bersama 25 orang pemimpin Komuniti 1 Malaysia, disini, hari ini.

Katanya, penculikan tersebut tidak membuktikan bahawa Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah ( ESSCOM) adalah tidak relevan.

“Sebenarnya, ESSCOM amat berkesan. Berdasarkan statistik, terdapat beberap pihak cuba untuk melakukan penculikan sebelum ini dan banyak usaha telah digagalkan oleh pasukan keselamatan.

“Penculikan yang berlaku baru- baru ini tidak membuktikan kegagalan ESSCOM . Oleh itu, terdapat keperluan berterusan untuk menambah baik pada apa-apa kekurangan dalam operasi ESSCOM misalnya teknologi,” ujar beliau.

Sementara itu, beliau mengingatkan kepada para pemimpin Komuniti 1 Malaysia bahawa peranan dalam menyampaikan maklumat berkenan polisi kerajaan dan isu semasa.

Beliau juga menjelaskan kepada mereka (pemimpin Komuniti 1 Malaysia) mengenai isu-isu semasa di Malaysia dan turut memberitahu mereka agar memaklumkan kepada rakyat bahawa negara ini mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di mana pada akhirnya, rakyat memutuskan pemimpin mereka.

“Tetapi ini hanya boleh dilakukan melalui Pilihanraya Umum. Sebelum pilihan raya , kerajaan yang memerintah yang telah diberikan mandat untuk memerintah oleh rakyat dalam pilihan raya lepas mempunyai tanggungjawab untuk menyelesaikan hal- hal dalam negara dan rakyat bertanggungjawab untuk bekerjasama dengan kerajaan dalam memastikan mereka melakukan tugasnya.

“Bagaimanapun, ia tidak pernah menjadi budaya kita untuk menandatangani deklarasi atau mengadakan demonstrasi jalanan untuk menyuarakan pendapat kita atau untuk menuntut kerajaan yang sekarang ini agar berundur, ” katanya.

Semasa mesyuarat tersebut, kesemua pemimpin Komuniti 1 Malaysia memberi sokongan sepenuhnya kepada Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia. Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan