Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Keselamatan rakyat sentiasa diutamakan: Douglas

Douglas Taong menyampaikan cendera kenangan kepada salah seorang Pegawai PDRM, IPD Keningau yang diraikan pada majlis itu. - foto Kalawon Sawing
Douglas Taong
menyampaikan cendera kenangan kepada salah seorang
Pegawai PDRM, IPD Keningau yang diraikan pada majlis itu. – foto Kalawon Sawing

KENINGAU – Seramai sembilan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ibu Pejabat Polis (IPD) Keningau diraikan dalam majlis Malam Mesra sempena pertukaran dan persaraan pegawai dan anggota IPD di sini, semalam.

Majlis yang diadakan di perkarangan tapak kawad IPD Keningau itu dihadiri oleh Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superitendan, Douglas Taong; Pengerusi PERKEP, Rebecca Sidang, para pegawai dan anggota polis pelbagai pangkat serta masyarakat setempat.

Dalam ucapannya, Douglas berkata program santai untuk meraikan anggota yang bersara dan bertukar adalah bagi menghargai jasa dan komitmen tugas anggota sepanjang tempoh dalam perkhidmatan polis serta semasa bertugas di IPD Keningau.

“Sebagai sebuah pasukan, sudah tentu pelbagai cabaran dihadapi bersama, oleh itu anggota yang akan bersara mahupun yang bertukar tempat bertugas sentiasa mempunyai kenangan pahit manis, justeru dengan adanya program seperti ini akan mengeratkan lagi persahabatan selain menghargai jasa dan komitmen sepanjang bertugas,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, program polis bersama komuniti yang dijalankan menunjukkan sambutan baik masyarakat yang berpeluang untuk mengemukakan masalah dan pada masa sama memudahkan PDRM memberi penjelasan serta saranan dalam mengatasi permasalahan berhubung keselamatan setempat.

“Saya yakin selain menjalankan tugas menjaga keselamatan dan membenteras jenayah, anggota PDRM juga mempunyai ruang mendekati masyarakat agar mudah untuk menjalankan tugas dan maklumat sentiasa diperolehi untuk kita merancang jalan terbaik membantu semua pihak dalam soal keselamatan semasa,” ujarnya. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan