Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Keselamatan media tiada kompromi: Lam Thye

Lam They (tengah) berbual dengan beberapa wartawan yang hadir dalam majlis Penghargaan dan Bicara Bersama Media anjuran Niosh Sabah. foto Jimmy Tan.
Lam They (tengah) berbual dengan beberapa wartawan yang hadir dalam majlis Penghargaan dan Bicara Bersama Media anjuran Niosh Sabah. foto Jimmy Tan.

KOTA KINABALU – Pengamal media di negara ini diingatkan supaya tidak mengenepikan atau memandang remeh terhadap aspek keselamatan dan kesihatan mereka semasa bertugas di luar pejabat.

Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (Niosh), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, pihak majikan dalam sesebuah organisasi media itu perlu menyediakan kelengkapan keselamatan kepada pekerja mereka.

“Golongan media juga adalah pekerja, jadi soal keselamatan dan kesihatan mereka tidak boleh dikompromi. Oleh sebab itu, setiap organisasi media digesa lebih proaktif dan memikirkan kepentingan pekerja,” katanya ketika berucap dalam majlis Penghargaan dan Bicara Bersama Media anjuran Niosh Sabah, di sini hari ini.

Hadir sama, Pengurus Besar Niosh Certification, Shamsul Zahrin Zainuddin; Penguus Niosh Wilayah Sabah dan Persekutuan Labuan, Mohd. Hussin Abd. Salam dan Rektor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Sabah, Datuk Dr. Abdul Kadir Rosline.

Lam Thye berkata, pengamal media sebenarnya banyak terdedah dengan pelbagai perkara melibatkan keselamatan dan kesihatan seperti mana semasa membuat liputan banjir, zon perang dan wabak penyakit di lokasi-lokasi tertentu.

Katanya, perkara tersebut sering dilupakan memandangkan pihak media lebih memikirkan usaha untuk mendapatkan sesuatu berita berbanding menjaga kepentingan dan soal keselamatan mereka.

Dalam pada itu, Lam Thye turut mengumumkan bahawa Niosh Wilayah Sabah akan melancarkan `Pasport Keselamatan’ dengan kerjasama UiTM pada tahun ini.

Katanya, Yayasan Sabah Pasport Keselamatan yang dilancarkan tahun lalu akan memulakan kursus tidak lama lagi.

Jelasnya, Niosh Wilayah Sabah akan mengadakan sesi khidmat nasihat kepada jabatan kerajaan dan agensinya dalam memulakan dan merekabentuk Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH-Management System) mereka. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan