Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kesejahteraan institusi kekeluargaan sentiasa diutamakan- Musa

PENGHARGAAN… Tun Juhar menyampaikan anugerah penerima anugerah Tokoh Sukarelawan Kebajikan Lelaki 2016, Datuk Wilfred Lingham sempena majlis penutupan Bulan Kebajikan dan Malam Penghargaan 2016, hari ini. Foto: Alex Mairin/SayangSabah

KOTA KINABALU: Kepentingan bagi memastikan institusi keluarga terus sejahtera merupakan agenda utama kerajaan di samping prospek pembangunan negara yang semakin rancak menjelang tahun 2020, kata Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman.

Musa yang merupakan Ketua Menteri Sabah berkata kerajaan negeri telah menyediakan dana khas sebanyak RM 20 juta dalam Bajet 2017 sebagai tambahan kepada peruntukan-peruntukan sedia ada.

“Ini merangkumi usaha meningkatkan pembangunan wanita, penyediaan bantuan khas kepada Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas yang berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Negeri Sabah dan peruntukan kepada NGO bagi melahirkan masyarakat prihatin menerusi aktiviti dan gerakan-gerakan NGO,” katanya.

Musa berkata demikian sempena majlis perasmian penutupan Bulan Kebajikan dan Malam Penghargaan 2016, disini, hari ini. Teks ucapan beliau dibaca oleh Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Hajah Jainab Ahmad Ayid.

Menurut Musa, pandangan dan persepsi masyarakat terhadap perkahwinan dan kekeluargaan telah berubah dibandingkan dengan beberapa dekad yang lalu.

Jelasnya, arus pembangunan di era moden dewasa ini menjadikan keseimbangan di antara kerjaya dan keluarga semakin mencabar.

TOH puan Hajah Norlidah (empat dari kiri) menyampaikan Anugerah tokoh Sukarelawan Kebajikan Wanita 2016, Norhanida Annol sambil disaksikan oleh Tun Juhar (tiga dari kiri) dan Jainab (tiga dari kanan). Foto: Alex Mairin/ SayangSabah

“Kini, institusi keluarga bukan sahaja terdiri daripada ibu, bapa dan anak-anak, tetapi juga keluarga yang diterajui oleh ibu atau bapa tunggal,” katanya.

Disamping itu, katanya, Program Bulan Kebajikan 2016 dengan tema ‘Membina Daya Tahan Keluarga: Keibubapaan’ itu sesuai dijadikan panduan dalam melaksanakan aktiviti- aktiviti bulan kebajikan dan memberi kesedaran serta pengetahuan kepada masyarakat berkenaan isu-isu yang dihadapi institusi keluarga pada masa kini.

“Syabas kepada Pengerusi dan semua Ahli Jawatankuasa Induk Bulan Kebajikan 2016 atas kejayaan melaksanakan program Bulan Kebajikan 2016 dengan penuh komitmen dan dedikasi,” katanya.

Majlis turut menyaksikan penyampaian sijil penghargaan kepada Organisasi dan Individu serta Anugerah Tokoh Sukarelawan Kebajikan, Anugerah Sukarelawan Kebajikan Muda dan Anugerah Sumbangan Ikhlas 2016.

Hadir sama, Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Haji Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Hajah Norlidah R.M Jasni. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

JAINAB (dua dari kiri) menyampaikan sijil penghargaan 2016 (sumbangan ikhlas) kepada Persatuan Kebajikan Sinar Teratai Kota Kinabalu Sabah yang diwakili oleh Presiden persatuan, Samantha Oh (kanan). Foto: Alex Mairin/SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan