Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KESEDARAN TENTANG KEBERSIHAN PERLU DIPERTINGKATKAN

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Jaujan Sambakong (tengah) pada sidang media selepas Mesyuarat Kedua Penggal Pertama DUN Sabah di Dewan Undangan Negeri Sabah, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

KOTA KINABALU: Kesedaran masyarakat di negeri ini yang masih pada tahap rendah terhadap aspek kebersihan menjadi punca masalah sampah masih belum dapat ditangani sepenuhnya oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Jaujan Sambakong berkata, pelbagai langkah kolektif yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri melalui PBT termasuk mengadakan gotong-royong dan kempen berterusan bertujuan mendidik masyarakat mengenai kepentingan kebersihan.

“Walaupun kita ada mekanisme seperti sistem pelupusan dan pengangkutan sampah, tetapi sampah semakin bertambah. Maknanya, orang ramai yang perlu diberikan pendidikan kerana sampah itu datang daripada manusia.

“Baru-baru ini saya telah melawat ke pusat pelupusan sampah di Keningau. Saya tengok yang jadi masalah di situ adalah bau busuk datang daripada plastik dan sisa makanan. Ini yang saya tekankan bagaimana kita menguruskan makanan.

“Misalnya kalau di Jepun, apabila kita ke restoran di negara itu, pemiliknya akan bagi makanan secukupnya seperti ikan, udang dan sayur. Ini mengelak daripada pembaziran makanan,” katanya dalam sidang media di Bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah hari ini.

Terdahulu Julita Majungki (PBS-Matunggong) bertanyakan apakah rancangan kerajaan untuk melaksanakan kempen kebersihan dan kitar semula di negeri ini khususnya di kawasan bandar, pekan kecil dan kawasan tumpuan pelancong.

Jaujan yang Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri berkata, antara usaha yang dilakukan adalah Pelancaran Kempen Anti Kutu Sampah (KAKS) pada 6 Disember 2010 yang melibatkan semua daerah di seluruh negeri termausk Matunggong di Kudat.

Tambah beliau lagi, kerajaan menerusi PBT mengadakan kempen kebersihan atas dasar tanggungjawab untuk memastikan negeri ini bersih, selamat, indah dan teratur. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan