Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kesedaran Mengenai Penyakit Thalasemia Perlu Dipertingkat Di Sabah

4:17pm 14/05/2016 Pak Roshan 31 views Mutakhir,Tawau,Tempatan
sakit

gambar hiasan

TAWAU : Kesedaran mengenai penyakit Thalasemia perlu dipertingkat di negeri ini, berikutan Sabah menjadi antara negeri yang mempunyai ramai pembawa gen Thalasemia, kata Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mary Yap Kain Ching.

Sehubungan itu, beliau meminta agar masyarakat di negeri ini membuat ujian saringan Thalasemia sebelum berkahwin untuk memastikan anak yang dilahirkan tidak menghidap penyakit berkenaan yang diwarisi dari keluarga kepada anak.

“Tindakan itu (ujian saringan) sangat penting dilakukan kerana masa depan anak-anak berada di tangan kita sendiri. Thalasemia adalah sejenis penyakit keturunan iaitu kekurangan darah yang boleh diwarisi melalui gen atau baka.

“Jumlah pesakit akan bertambah jika kawalan tidak dilakukan. Oleh itu kita juga perlu peka terhadap tanda dan gejala penyakit ini, kerana tanpa rawatan yang sempurna, pesakit akan mengalami pelbagai implikasi,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Hari Thalasemia peringkat daerah Tawau di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengarah Hospital Tawau, Dr Norlimah Arsad berkata Hospital Besar Tawau merekodkan 69 pesakit Thalasemia sehingga hari ini.

“Dengan jumlah pesakit berkenaan, sebanyak 439 beg darah telah digunakan oleh pesakit berkenaan sepanjang tahun lepas dan bagi tahun ini kita telah menggunakan sebanyak 200 beg sehingga April,” katanya.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan