Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kesedaran majikan Sabah daftar PERKESO rendah

Tahap kesedaran majikan Sabah daftar PERKESO masih rendah. Gambar Bernama

KENINGAU, 8 Sept (Bernama) — Kesedaran majikan di Sabah mendaftar institusi dan pekerja dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) masih di tahap rendah apabila ramai daripada mereka dikenakan tindakan undang-undang, kata Pengarah PERKESO negeri Dr Mohd Ali Hindia.

Beliau berkata ramai majikan di negeri ini tidak mematuhi peraturan dan ingkar perintah pematuhan termasuk lewat mendaftar atau gagal mendaftar institusi serta pekerja mereka di agensi berkenaan.

“Kesalahan itu sering dilakukan oleh majikan di Sabah. PERKESO terpaksa membawa mereka ke mahkamah untuk pendakwaan,” katanya kepada Bernama, di sini.

Mohd Ali berkata kefahaman majikan di Sabah terhadap pematuhan skim PERKESO juga masih rendah khususnya mengenai akta baharu diperkenalkan seperti Skim Bekerja Sendiri dan Skim Insurans Pekerjaan.

Beliau berkata ada sesetengah majikan tidak mendapat maklumat tepat mengenai peranan sebenar PERKESO selain ada beranggapan mendaftar dengan PERKESO tidak penting.

Menurutnya, PERKESO sentiasa bersama akar umbi bagi memastikan kebajikan pekerja lebih diutamakan, dan ini dapat dibuktikan menerusi Program Seranta yang diperkenalkan bertujuan mewujudkan komunikasi dua hala seterusnya memberi kefahaman mengenai tanggungjawab majikan kepada pekerja.

“Program itu turut memberi maklumat terkini mengenai faedah perlindungan dan bagaimana PERKESO boleh membantu majikan dan pekerja,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Ali berkata, PERKESO telah memfailkan sebanyak 51 kes pendakwaan terhadap majikan melibatkan pelbagai kesalahan, setakat Disember 2017.

Majikan gagal mendaftar industri dan pekerja dikenakan kompoun RM1,000, manakala kelewatan pendaftaran melebihi 45 hari dikenakan kompoun RM500, katanya.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan