Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,666

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kesedaran Amalan Penggunaan Elektrik Selamat Perlu Dipupuk Dari Awal – SESB

9:34pm 16/08/2016 Pak Roshan 27 views Mutakhir,Tawau,Tempatan

sesb2

TAWAU : Kesedaran mengenai amalan penggunaan elektrik secara selamat dan berhemah perlu dipupuk sejak dari awal, khususnya dalam kalangan kanak-kanak, kata Timbalan Pengurus Besar (Pembahagian) Sabah Electricity Sdn. Bhd (SESB), Ridwan Saham.

Beliau berkata perkara itu penting memandangkan kanak-kanak merupakan pengguna elektrik pada masa hadapan.

“Sejak tahun 2010, SESB telah melaksanakan program ‘Corporate Social Responsibility Nurturing The Young Minds’ bagi memberi kesedaran dan pendedahan awal kepada generasi muda mengenai amalan selamat dan cekap menggunakan tenaga,” katanya pada program berkenaan di SK Bombalai hari ini.

Program berkenaan disertai 50 warga kerja SESB yang turun padang memberi pendedahan awal tentang keselamatan dan bahaya elektrik yang dihadiri 500 peserta terdiri daripada pelajar, guru serta persatuan ibu bapa dan guru (PIBG).

Katanya program kali kelima tahun ini itu memberi kesedaran mengenai penggunaan elektrik kepada kanak-kanak melalui pendekatan berbeza berbanding orang dewasa.

“Sebenarnya terdapat juga beberapa kes yang ditangani SESB membabitkan golongan muda tetapi hanya melibatkan kes sambungan haram dan bukan pengguna yang berdaftar,” katanya.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan