Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,634

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kesaksamaan gender cerminan kepada jalinan kerjasama- Jainab

11:54pm 13/04/2016 Leolerry Lajius 15 views Tempatan

 

Jainab (tengah) bersama tetamu kehormat yang lain ketika majlis tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

Jainab (tengah) bersama tetamu kehormat yang lain ketika majlis tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Kesaksamaan gender bukan hanya menyentuh kepada hak wanita dan lelaki sahaja tetapi ia adalah satu cerminan kepada jalinan kerjasama bagi meningkatkan kemampuan diri masing-masing.

Menurut Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Hajah Jainab Hj. Ahmad Ayid, penerapan nilai kerjasama ini adalah bermula dari keluarga itu sendiri dengan memberikan kebebasan kepada anak-anak mereka untuk memilih hobi masing-masing dan tidak ditentukan mengikut jantina.

“Kanak-kanak sepatutnya diajar untuk saling menghormati sejak kecil agar apabila mereka dewasa kelak mereka akan lebih peka terhadap kesaksamaan gender.”

“Isu kesaksamaan gender ini merupakan satu perkara yang wajar diberi perhatian agar dapat memberikan kesedaran positif kepada semua pihak dan dalam masa yang sama dapat memupuk jalinan kerjasama antara satu sama lain,”katanya ketika berucap sempena Persidangan Antarabangsa Wanita Asean kali ke-2 yang bertemakan ‘Gender Mainstreaming and Public Policy’ di Hotel Promenade, hari ini.

Jainab juga berharap agar sepanjang persidangan ini diadakan, masalah yang berkaitan dengan isu ini akan dapat dibincangkan dengan lebih teliti.

Sementara itu, ketika ditemui media selepas majlis tersebut, Jainab menyeru semua pihak agar bekerjasama untuk menangani masalah sosial yang melibatkan wanita terutama sekali wanita bawah umur.

“Mengikut rekod Sabah mencatatkan remaja yang berkahwin awal seramai 4700 dan 375 daripada jumlah tersebut adalah kes hamil sebelum berkahwin.”

“Kita harus saling bekerjasama dalam menangani masalah ini agar ia dapat dibendung, lebih-lebih lagi senario masa kini yang serba moden dan banyak pengaruh yang boleh merosakkan akhlak golongan belia,”katanya. –Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan