Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,648

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kes Viral – Ragut Mangsa Guna Van Tumpas

3:24pm 23/09/2016 Pak Roshan 1481 views Jenayah,Mutakhir

polis tawau

Tawau : Kuasa Internet melalui maklumat orang awam menyaksikan pihak polis berjaya memberkas dua lelaki berumur antara 21 hingga 22 tahun bagi membantu siasatan dalam satu kes ragut menggunakan sebuah van selepas kejadian tersebut menjadi viral di laman Facebook dan aplikasi Whatsapp sejak beberapa hari lalu.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Bin Hj Marsus berkata, sebelum itu pihaknya telah menerima 2 laporan kes ragut masing- masing di hadapan bangunan Sthamin dan kawasan SMK Holy Trinity, Tawau.

Bertindak atas maklumat berkenaan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Tawau dan Strike Team (ST) berjaya mengesan seorang suspek di kawasan Jalan Persisiran Tawau dan seorang lagi suspek di Kg. Kongsi 8, Batu 4 Tawau. Kedua-dua saspek kemudiannya ditangkap.

Suspek kemudiannya membawa pihak polis ke kawasan rumah tidak bernombor di Kampung Tinagat, Batu Payung Tawau , hasil pemeriksaan pihak polis berjaya merampas semula sebuah van jenis Toyota Lite Ace bewarna krim yang disimpan untuk digunakan melakukan jenayah ragut. Turut dirampas telefon bimbit milik mangsa.

Dalam kes tersebut pihak polis telah menyelesaikan 2 kes ragut di daerah Tawau. Tambah ACP Fadil, kesemua suspek ditahan reman mulai hari ini dan disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan. Beliau juga turut mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang prihatin dalam perkongsian maklumat berkenaan.

Sumber : Facebook IPD Tawau

van

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan