Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kes Tuntutan Anak: PM Najib Syor Selesaikan Guna Mahkamah Persekutuan

mahkamah

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak Khamis meminta keluarga yang terlibat dalam tuntutan penjagaan anak supaya menggunakan Mahkamah Persekutuan bagi mencari jalan penyelesaian kes mereka.

Perdana Menteri berkata kerajaan percaya pihak mahkamah akan menimbang untuk memberi keutamaan kepada perbicaraan kes tersebut.

“Peguam Negara akan berbincang dengan keluarga yang terbabit bagi tujuan ini dan saya harap semua pihak akan menghormati keputusan yamg dibuat mahkamah,” katanya dalam satu kenyataan Khamis.

Bulan lepas, Mahkamah Rayuan menolak permohonan N. Viran atau nama Islamnya Izwan Abdullah, untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Seremban yang memberi hak penjagaan dua anaknya kepada ibu mereka S. Deepa yang beragama Hindu.

Di Ipoh pula, guru tadika M Indira Ghandhi mendapat perintah Mahkamah Tinggi pada awal tahun ini untuk mendakwa bekas suaminya Muhammad Ridzuan Abdullah atau nama sebelum Islam, K. Patmanathan, kerana menghina mahkamah setelah gagal menyerahkan anak bongsu mereka, Prasana Diksa (Ummu Habibah), 6, kepada plaintif yang memenangi kes hak penjagaan anak, selaras dengan perintah Mahkamah Tinggi pada 11 Mac 2010.

Pada April 2009, Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh memberi hak penjagaan tiga anak mereka iaitu Abu Bakar (Karan Dinish), Ummu Salamah (Tevi Darsiny) dan Prasana kepada Mohd Ridzuan.

Komen


Berita Berkaitan