Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kes tipu wang ditangguh

7:08pm 18/02/2016 Elezebeth Esther Onjining 32 views Jenayah,Tempatan

KOTA KINABALU- Kes yang melibatkan seorang juruteknik didakwa menipu wang bernilan RM2,000 daripada seorang lelaki akan didengar semula pada 17 Mac sementara menunggu arahan daripada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (DPP) di Putrajaya.

Majistret Stephanie Sherron Abbie menetapkan tarikh tersebut apabila pengadu dalam kes tersebut membuat satu laporan untuk menarik balik semula laporan polis yang pernah dibuat terhadap tertuduh.

Apabila ditanya, pengadu berkata bahawa beliau dan tertuduh telah menyelesaikan kes tersebut di luar mahkamah.

Katanya, tiada sesiapa yang memaksanya untuk menarik balik kes tersebut dan keluarga tertuduh telah membayar semula wang RM 2,000 kepadanya.

Terdahulu, Muhammad Fadzil Shah Marsih, 25 didakwa menipu wang berjumlah RM2,000 daripada seorang lelaki dengan membuatkan mangsa percaya bahawa tertuduh boleh membuat kabinet dapur di sebuah apartment di Penampang pada jam 1 p.m. pada 28 September, tahun lalu.

Bagi pertuduhan tersebut, Fadzil didakwa dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan, dan boleh juga dikenakan denda, jika disabitkan kesalahan.

Tertuduh diwakili oleh peguam Dominic Ghani, manakala, pendakwaan dilakukan oleh Cif Inspektor Lim Swee Beng. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan