Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KES TIBI PALING BANYAK DI KK

Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Mohd Azis Jamman (kiri) menerima penerangan daripada kakitangan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kota Kinabalu ketika hadir di Program Kemasyarakatan Kesedaran Bahaya Penyakit Tibi di Kampung Numbak, Kota Kinabalu, Gambar SNT/Ehsan AADK Kota Kinabalu

KOTA KINABALU: Masyarakat sekitar pesisir mukim pantai sekitar Kota Kinabalu diingatkan agar peka terhadap ancaman penyakit Tibi.

Timbalan Menteri Kementerian Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman berkata, sehingga bulan Ogos tahun ini, sebanyak 474 kes dilaporkan di daerah Kota Kinabalu.

Katanya, jika dibanding tahun 2017, sebanyak 895 kes tibi dikesan di daerah Kota Kinabalu berbanding dengan 858 kes tibi pada tahun 2016.

“Kita sudah mengarahkan agar Jabatan Kesihatan Sabah melakukan langkah pengesanan awal supaya penyakit ini dapat dicegah di peringkat awal dalam kalangan komuniti terutama mereka yang tinggal di mukim pantai terutama di kawasan Kampung Numbak.

“Mereka ini dilihat kurang didedahkan dengan aspek penyakit seumpama ini, jika dibiarkan kita bimbang penyakit TIBI akan mudah merebak jika tidak ada kawalan serta maklumat awal.” Katanya ketika merasmikan Program Kesedaran Penyakit TIBI di Kampung Numbak, di Kota Kinabalu.

Azis berkata, mengikut rekod yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan, Malaysia adalah negara yang mengalami beban penyakit Tibi pertengahan atau intermediate TIBI burden country.

Katanya, Bandaraya Kota Kinabalu merupakan penyumbang utama kepada kadar insiden tibi dengan 160 kes per 100,000 penduduk pada tahun 2017.

“Kebanyakkan kes dikesan agak lewat menyebabkan rawatan tidak dapat diberikan dengan segera” katanya.

Azis yang juga Ahli Parlimen Sepanggar berkata, antara sebab utama termasuk kelewatan pengesanan kes Tibi untuk diberikan rawatan yang telah dikenal pasti ialah masyarakat masih kurang faham tentang tentang penyakit Tibi terutamanya tanda-tanda penyakit ini.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan