Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kes SRC: Najib Beri Keterangan Kali Kedua

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini pada pukul 9.45 pagi tadi.

Beliau hadir bagi memberi keterangan untuk kali kedua berhubung siasatan kes SRC International Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Terdahulu, Najib tiba dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire berwarna putih dengan nombor pendaftaran QMN 11.

Najib dilihat berpakaian kemeja putih dan mengenakan kot berwarna hitam serta berseluar kelabu.

Bekas perdana menteri itu turut diiringi dua kenderaan lain serta dua anggota polis pengiring.

Tinjauan di lobi pekarangan Ibu Pejabat SPRM mendapati lebih 100 pengamal media daripada pelbagai agensi berita tempatan dan asing mula berkumpul sejak jam 7 pagi bagi mengikuti perkembangan siasatan kes itu.

Kelmarin, Najib hadir kali pertama ke sini dan meluangkan masa hampir lima jam bagi memberi keterangan kepada SPRM berhubung siasatan kes SRC International. – BH ONLINE

Komen


Berita Berkaitan