Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,663

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kes Seleweng Dana Di Sabah: Tiga Lagi Pegawai Bebas Daripada Reman

7:23pm 27/10/2016 Pak Roshan 417 views Isu Semasa,Mutakhir
SUSPEK di Mahkamah Majistret Tawau. FOTO Norasikin Daineh

SUSPEK di Mahkamah Majistret Tawau Pada 21 Oktober lalu. FOTO Norasikin Daineh

KOTA KINABALU :  Tiga lagi suspek yang ditahan reman bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana projek asas bernilai RM3.3 bilion, dibebaskan hari ini.

Sumber rapat dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata mereka yang dibebaskan merupakan seorang Jurutera Daerah, seorang Jurutera Bahagian dan seorang Penolong Jurutera Bahagian.

“Kesemua mereka dibebaskan di hadapan Majistret Amir Shah Amir Hassan di Mahkamah Majistret Tawau pada pukul 12 tengah hari tadi.

“Jurutera Daerah dan Bahagian masing-masing dibebaskan dengan ikat jamin SPRM sebanyak RM200,000 tanpa deposit dengan dua orang penjamin, manakala Penolong Jurutera Bahagian pula dibebaskan dengan ikat jamin SPRM sebanyak RM50,000 tanpa deposit dengan dua orang penjamin,” katanya.

Sumber itu juga berkata tiga suspek berkenaan antara 23, yang ditahan dalam ‘Op Water’ Fasa II sejak 19 Okt lepas, yang dibebaskan daripada tahanan reman.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (operasi) SPRM Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

Pada 4 Okt lepas, SPRM melancarkan ‘Op Water’ Fasa I dan menahan empat individu termasuk pengarah dan timbalan pengarah sebuah jabatan kerajaan terbabit bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dana berkenaan.

Berikutan penahanan itu, SPRM turut merampas wang tunai lebih RM114 juta serta 127 geran tanah dan barangan kemas.

Keempat-empat individu berkenaan telah dibebaskan daripada reman dengan ikat jamin antara RM50,000 dan RM500,000 dengan dua penjamin.

SPRM melancarkan ‘Op Water’ Fasa II selepas mengesyaki ramai lagi pegawai daripada jabatan berkenaan terlibat dalam penyelewengan hasil daripada siasatan terhadap pegawai yang ditahan sebelum itu.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan