Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,657

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kes Seleweng Dana Di Sabah: 14 Pegawai Bebas Daripada Reman

7:24pm 26/10/2016 Pak Roshan 507 views Isu Semasa,Mutakhir
TINGGALKAN MAHKAMAH ... Beberapa orang suspek meninggalkan Mahkamah Majistret sambil diiringi oleh para pegawai SPRM. - Foto NewSabahTimes

TINGGALKAN MAHKAMAH … Beberapa orang suspek meninggalkan Mahkamah Majistret sambil diiringi oleh para pegawai SPRM. – Foto NewSabahTimes

KOTA KINABALU : Seramai 14 pegawai sebuah jabatan kerajaan di Sabah, yang ditahan reman bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana projek asas bernilai RM3.3 bilion, dibebaskan hari ini.

Sumber rapat dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata kesemua individu terbabit dibebaskan dengan ikat jamin di antara RM50,000 dan RM200,000 tanpa deposit dengan dua penjamin setiap seorang.

Mereka terdiri daripada lima jurutera bahagian, tiga jurutera daerah dan masing-masing seorang juruteknik dan pegawai kerja air yang dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Kota, kata sumber itu hari ini.

“Selain itu, seorang jurutera bahagian dan dua juruteknik dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Lahad Datu manakala seorang jurutera yang dibebaskan Mahkamah Majistret Tawau,” kata sumber itu.

Mereka adalah antara suspek yang ditahan SPRM dalam ‘Ops Water’ Fasa II pada 19 Okt lepas.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Pada 4 Okt lepas, SPRM melancarkan ‘Ops Water’ Fasa I dan menahan empat individu termasuk pengarah dan timbalan pengarah sebuah jabatan kerajaan terbabit bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dana berkenaan.

Berikutan penahanan itu, SPRM turut merampas wang tunai lebih RM114 juta serta 127 geran tanah dan barangan kemas.

Keempat-empat individu berkenaan telah dibebaskan daripada reman dengan ikat jamin di antara RM50,000 dan RM500,000 dengan dua penjamin.

SPRM melancarkan ‘Ops Water’ Fasa II selepas mengesyaki ramai lagi pegawai daripada jabatan berkenaan terlibat dalam penyelewengan itu hasil daripada siasatan terhadap pegawai yang ditahan sebelum itu.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan