Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kes salahlaku anggota JBPM meningkat 56 peratus, 33 pegawai dipecat

LAWAT GERAI PAMERAN.... Ketua Pengarah JBPM, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim mengiringi Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian Datuk Bolkiah Ismail melawat gerai pameran di forum berkenaan. - Foto ALEX MAIRIN / Sayangsabah
LAWAT GERAI PAMERAN…. Ketua Pengarah JBPM, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim mengiringi Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian Datuk Bolkiah Ismail melawat gerai pameran di forum berkenaan. – Foto ALEX MAIRIN / Sayangsabah

KOTA KINABALU – Kes salah laku di kalangan anggota dan pegawai Jabatan Bomba dan  Penyelamat (JBPM) mencatat peningkatan sebanyak 56 peratus kepada 137 kes pada 2014 berbanding 88 kes pada tahun sebelumnya.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata, daripada jumlah itu, seramai 33 orang pegawai telah dipecat pada tahun lepas sekaligus mencatat penurunan sebanyak lapan kes berbanding tahun 2013.

“Peningkatan dan penurunan kes salah laku tersebut merupakan kesan positif hasil penubuhan Unit Integriti JBPM yang memusatkan semua aktiviti termasuk Urusetia Lembaga Tatatertib di bawah satu unit,” katanya kepada pemberita pada sidang media pada Forum Pemerkasaan Integriti di Auditorium Kompleks Perntadbiran Persekutuan di sini hari ini.

Antara kes salahlaku kalangan anggota JBPM yang dikenakan tindakan tataterbit termasuk penyalahgunaan dadah, tidak hadir bertugas lebih tujuh hari tanpa alasan munasabah dan disabitkan kesalahan jenayah oleh mahkamah.

Beliau berkata, ia juga membuktikan kesungguhan pihak pengurusan tertinggi JBPM dalam usaha memperkasakan lagi integriti di kalangan anggota jabatan itu.

“JBPM melihat usaha memperkasakan integriti ini sebagai salah satu wadah memastikan visi untuk menjadikan organisai kebombaan dan penyelamatan yang berprestij tinggi mampu direalisasikan,” katanya lagi.

Sementara itu, beliau juga berkata, cadangan menyeragamkan elaun JBPM dengan agensi penguatkuasaan lain masih dalam proses kajian.

“Cadangan tersebut mengambil masa disebabkan kajian terperinci perlu dibuat oleh pihak berkaitan sebelum satu keputusan dapat dibuat,” katanya.

Turut hadir pada forum yang dianjurkan oleh JBPM, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Institut Integriti Malaysia (IIM) itu ialah Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Salleh Said Keruak, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Mustafar Ali dan Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian Datuk Bolkiah Ismail yang mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.
– Oleh NUZIR ANDI SAMSIAR / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan