Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,635

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kes Salah Guna Kuasa: SPRM Rampas RM1 Juta Daripada Beberapa Saksi

10:48pm 11/10/2016 Pak Roshan 1020 views Isu Semasa,Mutakhir

sprm

KOTA KINABALU : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini merampas wang tunai kira-kira RM1 juta daripada beberapa saksi yang dipanggil memberi keterangan berhubung siasatan kes salah guna kuasa dan rasuah melibatkan projek infrastruktur bernilai RM3.3 bilion.

Sumber rapat SPRM berkata tiga daripada saksi berkenaan memulangkan wang berkenaan secara sukarela kepada SPRM semasa memberi keterangan masing-masing.

“Tiada sebarang tangkapan dibuat setakat ini. Kesemua mereka yang dipanggil memberikan keterangan juga memberi kerjasama baik kepada SPRM dalam mengendalikan siasatan kes itu,” kata sumber itu di sini, hari ini.

SPRM dijangka memanggil lebih ramai lagi saksi untuk memberi keterangan mereka berhubung siasatan ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Dato Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan maklumat itu tetapi enggan mengulas lanjut berhubung siasatan berkenaan.

Pada 4 Okt lalu, SPRM menahan pengarah dan timbalan pengarah Jabatan Air Sabah serta merampas RM114.5 juta daripada mereka kerana didakwa menyalahgunakan kuasa membabitkan projek infrastruktur.

Ia juga adalah kes rampasan wang tunai terbesar dalam sejarah SPRM.

Hari ini, Majistret Jessica Ombou Kakayun meluluskan permohonan SPRM untuk melanjutkan tahanan reman selama lima hari terhadap pengarah itu dan tujuh hari terhadap tiga lagi suspek termasuk timbalan pengarah itu.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan