Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kes Rasuah Sabah: Isteri Suspek Miliki RM750 Ribu

untitled-1-2

KOTA KINABALU: Sebanyak RM750,000 lagi wang tunai ditemui selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka tiga peti simpanan bank milik isteri seorang daripada suspek yang ditahan dalam kes penyalahgunaan kuasa membabitkan pengarah dan timbalan pengarah sebuah jabatan kerajaan negeri Sabah, hari ini.

Ia disahkan Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki, sebentar tadi. Selain wang tunai, sejumlah barangan kemas turut ditemui dalam peti terbabit di dua bank di Kota Kinabalu, namun nilainya belum dapat ditaksirkan.

Sebelum ini, SPRM merampas RM2.5 juta wang tunai dalam sebuah peti besi milik timbalan pengarah. – BH Online

Komen


Berita Berkaitan