Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kes Rasuah Sabah: 5 Peti Belum Habis Dikira Lagi

rasuah

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan pihaknya masih belum selesai mengira wang tunai dalam lima peti besi simpanan keselamatan yang disita susulan penahanan dua pegawai kanan agensi kerajaan, baru-baru ini di Sabah.

The News Straits Times melaporkan lima peti simpanan berkenaan dimiliki salah seorang pegawai yang ditahan dan ianya dijangka dibuka hari ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Azam Baki berkata, pihaknya memerlukan bantuan daripada bank bagi membuka peti berkenaan.

rasuahh

“Kami perlu mematuhi beberapa posedur sebelum membuka peti simpanan ini dan berharap dapat dilakukan dalam masa terdekat,” katanya.

Sebelum ini, SPRM berjaya merampas RM114.5 juta daripada dua pegawai kanan selepas didakwa menyalahgunakan kuasa membabitkan projek infrastruktur bernilai RM3.3 bilion di Sabah.

Kejayaan SPRM itu merupakan rampasan terbesar dalam sejarah agensi berkenaan dalam menangani jenayah rasuah dalam negara ini.

Susulan itu, SPRM akan menghantar pegawainya ke negara jiran kerana terdapat kemungkinan suspek menyimpan wang di negara yang tidak didedahkan itu.

Menurutnya, SPRM juga telah mengenal pasti beberapa individu yang mungkin mempunyai kaitan dengan aktiviti rasuah ini dan akan dipanggil untuk memberi kenyataan bagi membantu siasatan.- MYNEWSHUB.CC

 

Komen


Berita Berkaitan